Kehadiran band indie tidak jejas aliran muzik rock. MUZIK rock tidak terkubur. Muzik ini masih digemari dan ada peminatnya tersendiri walaupun perkembangannya mungkin tidak sehebat dulu. Tapi itu bukan bermakna rock dalam dunia muzik tanah air akan lenyap. Begitulah pandangan dua bakat muda yang memilih muzik aliran rock, Aweera dan Pija. Menariknya, mereka kini dalam ‘dua dunia’ berbeza. Aweera masih bertahan dalam program realiti One In A Million musimketiga (OIAM3), sedangkan Pija pula sudah tersingkir pada minggu ketigaprogram yang sama. Namun begitu, bagi Pija tersingkir daripada program itu,tidak bermakna semangatnya menjadi pudar. Katanya, dia cukup menggemari jalur muzik yang sudah berdekad lamanya bertapak di negara kita.
Pilihan tidak sia-sia
Sementara itu, kelibat Aweera di pentas OIAM 3 semakin mendapat perhatian. Tidak keterlaluan dikatakan anak ketiga daripada empatberadik ini boleh menyanyi biarpun suaranya pernah dilabelkan Syafinaz sebagai menyalak (menjerit).
Impak dirinya sudah berbekas, malah katanya, keputusan untuk menyertai pertandingan itu amat berbaloi.
Pernah memenangi imuniti yang ditawarkan di dalam pertandingan siaran 8TV itu, ia memberi penanda aras membuktikan yang dia boleh menyanyi sekali gus menidakkan pendapat sesetengah pihak yang dia hanya menjerit sewaktu menyanyi. Bahkan, ini sebagai simbolik kehadiran anakmuda berdarah campuran Belanda dan Melayu ini bukan sekadar tangkap muat dan bersandarkan paras rupa semata-mata.
“Saya mahu buktikan pemilihan sebagai Top 12 dalam OIAM3 ini tidak sia-sia. Saya ingin menunjukkan dan berkongsi bakat yang ada bukan sekadar tempelan semata-mata. Dengan usaha jitu, saya juga yakin boleh jadi yang terbaik,” katanya
Baru berusia 18 tahun, Aweera atau nama penuhnya NasharulAweera Noriyissham ini berkata, demi minatnya terhadap muzik rock membuatkan dia sanggup membuat rujukan dan penyelidikan menyelak helaian buku dan melayari laman maya semata-mata untuk mengintai sejarah muzik itu.
“Rock bukan dibuat-buat kerana ia lahir di dalam jiwa dan ia berkaitan soal ‘attitude’. Ada yang beranggapan rock itu kotor, ganas dan macam-macam lagilah. Tapi daripada aspek logik, ia hanyalah muzik selamba dan santai.
“Ada lagi tanggapan orang, kalau sebut rock kita kena menjerit. Tapi harus diingat menjerit itu bukan syarat untuk menjad ipenyanyi rock kerana untuk mencapai tahap itu bukan mudah. Saya pernah berjoging sejauh 12 kilometer untuk mendapatkan stamina yang baik,”katanya yang selesa dengan Pija dan sudi berduet bersama jika diberipeluang berbuat demikian.
Meminati Awie, Aweera memberitahu dia pernah dipanggil ‘Awee’ di kalangan rakan atau kenalannya di Perlis. Selain itu, dia turut meminati Amy Search dan vokalis kumpulan Malmsteen, Mike Vescera.
“Hingga sekarang saya masih menggunakan bedak jenama Follow Me yang pernah kelihatan di dalam album VCD konsert Wings pada 1991.
“Sejak zaman kaset hinggalah ke CD, saya tak pernah gagal memiliki album Wings dan Awie. Malah, filem lakonannya juga turut menjadi pilihan saya pada waktu lapang. Selain mengagumi suaranya, saya juga sukakan gayanya yang gemar menaiki motosikal berkuasa besar.Nampak ranggi,” katanya yang sudah memiliki 38 koleksi lagu ciptaan sendiri dengan pelbagai konsep.

2 comments:
dah ade 38 lgu ciptaan sndri...??? wow... nnt masuk final nyanyi lah satu...nk dgr aaahhh....
wah!!..tk sabar nk dgr2 lagu2 aweera la beb!
Post a Comment